CARI DUIT ONLINE, SIAPA TAKUT!
Pengenalan Asas Tentang Google Adsense Penghasil Dollar Gratis
INTRO
Beberapa tahun yang lalu, Google mula menerima pemasangan iklan via banner dalam setiap proses pencarian via www.google.com. Google menyebut programnya ini dengan nama : Google Adwords. Kemudian Google juga menawarkan kepada para pemilik website untuk ikut menampilkan iklan dari Google ini, dengan bayaran system bagi hasil 'pembayaran setiap klik' .
Jadi jika pemasang iklan via Adwords membayar sekian dollar/sen kepada Google untuk setiap klik iklan mereka, maka sebahagian akan diberikan ke pemilik website yang ikut program ini, disebut Google Adsense.
Dari pengamatan saya, member Google Adsense terbahagi kepada 2 kumpulan:
1-Websitenya yang menggantungkan 100% dari Adsense
2-Adsense digunakan sebagai penghasilan tambahan dari content asli website itu.
Ciri-ciri no. 1 :Kandungan website tidak adanya content yang kuat, contoh: Blog
Ciri-ciri no. 2 :Kandungan websitenya berisikan content yang jelas , misal : kedai online, laman komuniti, product barang, dll.
LANGKAH MENDAFTAR KE GOOGLE ADSENSE :
1-Sebelum mendaftar, siapkan website yang akan didaftarkan, website berbahasa Inggeris lebih baik dari pada berbahasa
2-Ketika mendaftar, anda perlu berhati-hati, jangan memasukkan informasi yang salah atau tidak tepat, Ini kerana ia akan membabitkan masalah pembayaran.Terutamanya NAMA dan ALAMAT jangan sampai tersalah setiap ejaan. Jika berlaku kesilapan data tadi, anda akan mempunyai masalah di saat menerima pembayaran (Cek). Pastikan ianya sama seperti Kad Pengenalan anda.
LANGKAH SETELAH PERMOHONAN ANDA DITERIMA.1- Masukkan kod script adsense ke website anda.
2-Promosikan website anda. Cara untuk promosi terlalu banyak. Bentuk promosi yang paling baik adalah melalui Search Engine dengar mendaftar website anda di situ.
3- Jangan
KAEDAH PEMBAYARAN OLEH GOOGLE .
1-Ketika pendapatan anda di GA mencapai USD50, maka anda akan dihantar no pin untuk pengesahan, namun ini jarang berlaku. Jika anda tidak menerimanya ia tidak menjadi masalah.
2-Setelah jumlah pembayaran kepada anda telah mencapai USD100 ke atas, maka pihak Google akan segera membuat sebuah cek untuk anda dan akan menghantarnya ke alamat yang anda isi ketika membuat pendaftaran/permohonan.
3-Pengirimanan cek oleh Google mempunyai dua cara:
i-Melalui pos biasa (lebih kurang sebulan akan sampai).
ii-. Melalui courier (DHL/Fedex), memakan masa lebih kurang seminggu anda akan menerimanya.
4-Cek Google biasanya dari Bank HSBC atau Citibank.
5-Untuk proses penukaran cek, anda boleh tunaikan di bank-bank tempatan dan akan dikenakan sedikit 'charge'. Charge yang dikenakan bergantung pada bank tersebut. Bank Islam RM10..
HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN
1-Setelah pendapatan anda mencapai USD100 dan ianya dihantar melalui pos biasa, anda akan menerima duit tunai itu boleh memakan masa paling lewat 2 bulan (1 bulan untuk proses penghantaran, 1 bulan untuk ditunaikan di bank). Tempohnya memang agak lama, namun anggap sahaja ianya adalah umpama pelaburan jangka panjang.
2-Jika pendapatan anda belum besar dan anda tidak tergesa-gesa untuk menerimanya, lebih baik duit dari akaun Google Adsense anda itu diperam dahulu. Kumpulkan hasi
3- Jika pengiriman melalui pos biasa tetapi dalam tempoh 1 bulanpun belum sampai, anda boleh minta cek itu diganti semula. Dan cek yang terdahulu secara automatik tidak akan laku. Cek hanya boleh ditunaikan oleh sipenama yang tertera dalam cek itu sahaja.
PENUTUP
Google Adsense adalah suatu bentuk Internet Marketing yang terbaik. Boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan(side income) bagi mereka yang sudah berkerjaya atau boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap bagi mereka yang belum bekerjaya. Pada peringkat awal, anda harus mestilah berusaha lebih dan memberi komitmen seperti mengupdate isikandungan website dan membuat promosi dan terus membuat promosi. Setelah anda mempunyai hasil yang besar , maka boleh dikatakan bahawa pendapatan anda akan terus stabil di angka itu untuk setiap bulan. Semakin banyak promosi anda mampu meraih pendapatan yang lebih besar setiap bulan.
Jangan mengharapkan dalam tempoh yang singkat anda akan dapat hasil yang bertimbun. Ia bergantung pada masa, isi kandungan website dan promosi anda!. Menurut pengalaman mereka yang berjaya, pada peringkat awalnya hanya terima sekitar USD100 sebulan Namun,lama kelamaan ada yang mencapai USD1000 sebulan. Anda juga mampu memperolehinya.Yakin dan Percayalah.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home